Wednesday, February 25, 2009

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

Allah maha pencipta, mencipta manusia dengan sempurna. Manusia mempunyai daya ingatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Ada perkara yang mudah untuk dilupakan dan ada perkara yang kuat terpahat dalam ingatan. Itulah kekuasaan Allah... Dan melupakan kekasih lama bukannya perkara yang mudah. Oleh sebab itulah ada sesetengah lelaki masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman wanitanya, walaupun sudah menemui cinta baru.. Sekadar nak berkongsi pengalaman bersama rakan2 sekalian, aku nak citer skit masalah org laki yang putus cinta ne.. haaa... kepada rakan2 yang sudah mempunyai buah hati pengarang jantung berlubang tu, nak tahu apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak??? Lets check it out!!!

1. Dia sering menceritakan masa percintaan lalunya dan membandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman wanitanya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengigatkannya terhadap si dia.

2.Simpan gambar bekas teman wanitanya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia sudah takda perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi itu usah dibiarkan. Bahaya!!! Danger!!! Bermakna kenangan antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, dia masih lagi terkezut gara-gara putus cinta dengan bekas teman wanitanya.

4. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya, bercinta tidak asmpai beberapa bulan da mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru... ermmm...

5. Berpura-pura gembira... Ini juga merupakan salah satu cara untuk dia melupakan bekas teman wanitanya. Dia berpura-pura gembira... seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

Huhh... mau putus jari2 ku ne menaip... apa benda jak la yang ku tulis ne kan...hehe.. biar pun benda2 mengarut aku tulis ne namun sekurang-kurangnya ada gak bawa faedah ngan korang semuakan. Oleh itu wahai rakan2 wanita sekalian... muhasabah la diri kita.. adakah kita dapat membahagiakan si dia atau pun sebaliknya??? Hanya dia dan Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terselindung disebalik hatinya... hati seorang lelaki... PEACE!!! (^_^)

No comments: