Friday, November 20, 2009

NAPA BA MALAS NIE, ADUI……….




Peringatan buat Diriku yg sering lupa & leka..

Kenapa lah...
Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang,
rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis
keluar air mata darah barulah padah.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
huhuhuhu.....

Monday, November 16, 2009

Realiti Cinta Kampus...

Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini.Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam.Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

Sunday, October 4, 2009

Welcome My New Life!!!

Assalamualaikum!!! Hai sahabat2 yg ku kasihi sekalian...

Sekian lamanya aku menyepikan diri bru kali ne la aku ada masa terluang untuk post something kat blog kecayangan ku ne... Al-maklum la busy sangat dgn kehidupan baru aku kat kampus ne huhu..

Alhamdulillah, aku bsyukur sangat2 kat Illahi kerana memperkenankan doa aku untuk aku melangkah ke alam menara gading ne... Harapan tbesar dalam hidup aku & juga impian kedua org tua ku... da 3 bulan aku kat sini, mulakan kehidupan baru.. suasana baru.. dapat kawan baru.. laptop baru.. semuanya la baru hehe Apatah lagi "anugerah terindah" yg aku miliki skrg ne cukup membuat kn aku btambah lagi hidup dlm kebahagiaan... SyokNya!!! Harap2 la kegembiraan yg aku kecapi skrg ne x membutakan aku utk bersyukur ngan nikmat yang Allah bagi ne.. Aku akan tetap jalankan tugas aku sebagai Hamba-Nya

Dalam hepi2 ne pun aku x lepas dari masalah & kesedihan.. biasa la manusia biasa kan. Sepanjang aku kat UMS ne aku kerap sangat da sakit. kenapa tu yek??? Dulu dak mcm ne pun.. nak kata setahun tu pun blm tentu lagi aku dapat demam. Skrg ne... ntah la... kejutan suasana kot??? Walaupun keadaan aku da jadi mcm ne aku tetap bersyukur sebab kat sini la aku menimba pengalaman & kehidupan baru untuk aku melupakan kisah lalu yg menyedihkan aku huhuhuhu.........

Ya Allah, Ya Tuhan ku... berikan la aku kekuatan semangat & ketabahan hati untuk meneruskan perjuangan hidup aku d bumi sementara ini Ya Allah... Semoga yang telah berlalu dapat d jadikan pengajaran dan hari yang mendatang memberikan kebaikan kepada kita. Amin... Apapun, HiDup MusTi HePi!!! (^_^)

Ini lah ceritaku... DUNIA BARU KU!!!

Saturday, May 9, 2009

Mom, I Appreciate All That You Have Done For Me...


I appreciate the many prayers
you've whispered during
the worst moments in my life,
and the many hopes for my success
in all that I dreamed of.

I appreciate the kind wishes
that would make me so happy
and fulfilled,
and the gentle words
of encouragement
that were meant to strengthen
my quests.

I appreciate the moments of sorrow
you experienced during my failures,
and the little gestures of kindness
that always made me feel better.

I appreciate your acceptance,
your ability to understand,
and the sincere friendship
that always gave me such security.

I appreciate the wisdom
of all the lessons you taught,
and the meaning behind the words
"unconditional love."

I appreciate all you've done --
every word and gesture.
I know you've been the best there is --
a mother beyond all compare.

For all you've done...
thank you, Mom.
For all that you are...
I love you.

Happy Mother's Day

Friday, May 8, 2009

Wudhu'

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, April 27, 2009

Titisan air mata...

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi
seorang
lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata
kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang
gadis yg menyayangi saya
berlalu begitu sahaja."

Sunday, April 19, 2009

Masih Ada Yang Sayang...


Buat teman ku yg disayangi...

Teman,
Memang indah menjadi seorg yg di sayangi & di cintai. Nilah yg menjadi impian setiap insan. Tapi indah bukan janji ketenangan, kebahgiaan apatah lagi keselamatan yg kekal. Kerana itulah aku berani berkata bahawa jike cinta seseorg tue gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahgia di dunia ni. Apatah lagi kebahgiaan yg kita buru adalah kebahgiaan yg kekal d akhirat nanti. Memanglah hebat jika antara dua insan saling cinta mencintai, tapi apabila berlaku perkara yg kita mau, pastilah ader sesuatu yg ingin di berikan oleh Allah kpd kita.

Teman,
Apabila kau memandang segalanya dari Allah, yg mencipta segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sebab sakitnya hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang…pasti akan damailah hatimu. Kerana, masakan Allah sengaja m'takdirkan segalanya utk sesuatu yg sia2. Bukannya Allah tak tau sakitnya hatimu.. tapi mungkin tulah yg Dia maukan.. kerana Dia tau, hati yg sebeginilah selalunya lebih lunak & mudah utk dekat & akrab dgn-Nya.

Teman,
Memang benar, kejadian ni bukan keinginanmu, tapi apabila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yg Allah mau utkmu. Tiada sesiapa pun yg tak inginkan kebahgiaan, tapi.. terlalu byk perkara yg berlaku di luar jangkaan kita sendiri…

Teman,
Sesuatu yg kita tak mau cintai kadang2 begitu di cintai oleh hati. Sebaliknya kadang2 kita terlalu ingin & mau cintakan sesuatu, tapi hati menolak. Hal ni adalah takdir yg kita sendiri pun mampu mengawal & menentukannya, walau siapa pun kita. Begitu juga dgn si dia yg kita cintai.. Tapi ia bukanlah sesuatu yg perlu kau kesalkan… sdgkan sikap kita yg tak mencintai Allah pun sering kita maafkan, walau ia satu kesalahan yg lebih besar, mengapa pula sikap si dia, begitu payah utk kita terima? Inilah kita, t'lalu mudah sakit hati apabila hak kita terabai, sdgkan apabila hak Allah terbiar, hati tak tersentuh pun.

Teman,
Allah sayang pdmu. Dia mau kau juga sayang & cinta kpdNya. Kerana itulah di beri kesusahan pd perasaanmu. Dia mau kau berpaling dari cinta sementara yg amat kau buru2.. kpd cinta mutlak yg Maha Agung lagi indah. Tidakkah kau rasa hatimu skarang lebih lunak utk mengingati Allah,jika di bandingkan dulu? Bukankah ini satu nikmat? Maka, jgnlah di sia-siakan peluang ini dgn sungutan & rasa tidak redhamu….

Teman,
Jika dlm pd kau tau si dia tak mencintaimu tapi kau masih mampu menjaga nama baikmu & si dia, mendoakan kebahgiaannya, make itulah bukti bahawa kau memang bersungguh-sungguh utk memburu cinta Ilahi. Jika tak, deritamu itu hanyalah derita yg lahir dari nafsu yg tercabar. Ia tidak membawa erti apa2 & tak layak utk mendpt simpati…

Teman,
Si dia tu, walau di pegang seerat-eratnya namun dia tak kekal, hidupnya ada batas & akhirnya dia akan pergi drpdmu. Satu masa nanti kau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka pluang utk kau merebut pahala sabar,redha & syukur ini, rebutlah Dan jika sakitnya terlalu menusuk, dtglah kpd Allah utk mengadu & merayu.Katakan,bukan kau tak redha,tapi kau adelah hambe-Nye yg terlalu lemah.Mohonlah pimpinan & kekuatan dariNye…jike blum Dia mau mengangkat derita 2,maka mintalah derita 2 menjadi sebab utk kau trus brada dlm perhatian & kasih sayangNya.

Ingatlah juga,bahwa mungkin juga ia satu hukuman utkmu.Hukuman pd dosa2 yg tak bersungguh-sungguh kita memohon ampunan drpdNya.Dgn dtgnya ujian ni,moga kite akan sedar & insaf sendiri.Sedar yg kita hanyelah hamba yg layak d hukum apa je olehNya.Supaya kita dtg kpdNya,merayu-rayu meminta ampun pd kesalahan kita slama ni & meminta ketenangan abadi yg hanye Allah je blh memberikannya.

Doakanlah akan kebahgiaannya & juge utk dirimu sendiri.Kau sdg melintasi 1 jambatan yg pendek tapi sulit,utk pegi ke 1 mahligai yg kekal abadi & bahgia yg hakiki..

Wednesday, February 25, 2009

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

Allah maha pencipta, mencipta manusia dengan sempurna. Manusia mempunyai daya ingatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Ada perkara yang mudah untuk dilupakan dan ada perkara yang kuat terpahat dalam ingatan. Itulah kekuasaan Allah... Dan melupakan kekasih lama bukannya perkara yang mudah. Oleh sebab itulah ada sesetengah lelaki masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman wanitanya, walaupun sudah menemui cinta baru.. Sekadar nak berkongsi pengalaman bersama rakan2 sekalian, aku nak citer skit masalah org laki yang putus cinta ne.. haaa... kepada rakan2 yang sudah mempunyai buah hati pengarang jantung berlubang tu, nak tahu apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak??? Lets check it out!!!

1. Dia sering menceritakan masa percintaan lalunya dan membandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman wanitanya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengigatkannya terhadap si dia.

2.Simpan gambar bekas teman wanitanya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia sudah takda perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi itu usah dibiarkan. Bahaya!!! Danger!!! Bermakna kenangan antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, dia masih lagi terkezut gara-gara putus cinta dengan bekas teman wanitanya.

4. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya, bercinta tidak asmpai beberapa bulan da mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru... ermmm...

5. Berpura-pura gembira... Ini juga merupakan salah satu cara untuk dia melupakan bekas teman wanitanya. Dia berpura-pura gembira... seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

Huhh... mau putus jari2 ku ne menaip... apa benda jak la yang ku tulis ne kan...hehe.. biar pun benda2 mengarut aku tulis ne namun sekurang-kurangnya ada gak bawa faedah ngan korang semuakan. Oleh itu wahai rakan2 wanita sekalian... muhasabah la diri kita.. adakah kita dapat membahagiakan si dia atau pun sebaliknya??? Hanya dia dan Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terselindung disebalik hatinya... hati seorang lelaki... PEACE!!! (^_^)

Saturday, February 14, 2009

KEKASIHKU...



Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau
sangat sayang kat DIA!)Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya!
Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah,
minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA - direct!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace jak.

For surelah… KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…
tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA.
Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!
Ya la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA.
Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact jak DIA, sure macam-macam
la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih
sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca jak surat-surat yang DIA bagi tu.
Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku
faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ya
la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu jak. Tapi KEKASIH aku yg ni
lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi.
DIA takde jeles pun. Cuma aku jak yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang
jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang
putih… what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku
dapat lebih la, kan?

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang
kadang-kadang aku tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun,
kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH
aku ni kaya …millionaire …billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi…
Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…
caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la mestilah kena hargai apa
yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ka tak suka,
amik jak la…pastu pandai-pandailah membalas budi..tu yang buat aku sanggup
berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar
semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik + bijak + genius etc… DIA
kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah
sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni.
Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la…
tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni
menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare
awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA
suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so
that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpela,berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang
aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!


KEKASIHKU..
AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA
TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI.
WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…
ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T. CINTA TERAGUNGKU……

Friday, February 6, 2009

Doa Buat Kekasih

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

-Adaptasi dari gabungan lirik2 lagu nasyid-



Monday, February 2, 2009

Tangisan seorang mujahidah...

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".
"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu membesar menjadi remaja, ia tetap
bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan
wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya,
agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga
bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi
yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan
bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari
anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai
semua anaknya dalam suasana dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula
yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk
menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak
terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak
pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu
akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar
tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan bila-bila pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang
dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata
kehidupan".

Wednesday, January 28, 2009

Tika & Ketika...



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

"Kalau memang rezeki itu milikku,
tentu ia akan mendatangiku meskipun seluruh penghuni bumi
cuba merebutnya dengan kemampuan mereka.
Dan kalau rezeki itu milik orang selain diriku,
tentu aku tidak akan boleh mendapatkannya
meskipun aku menempuh jalan apa pun,
sebab Allah menjadikannya milik orang lain selain aku…"

Tuesday, January 13, 2009

D.A.L.A.M D.I.A.M


Dalam diam

Hati terguris luka

Jiwa menangis sengsara

Perasaan merintih merana

Namun sabar

Selagi terdaya


Dalam diam

Amarah membara

Kesalan menjalar

Kesakitan membakar

Namun sabar

Selagi termampu


Dalam diam

Akal betanya

Untuk apa dilawan

Sedang kesabaran

Sedang diuji

Sedang tangisan

Banyak dibuang


Dalam diam

Kucuba lupakan

Walau sukar ditahan

Namun..

Inilah aku

Aku tetap aku


B.L.U.E.S U.N.T.U.K A.K.U

Wednesday, January 7, 2009

Sejenak aku terfikir...

~*~

"Biar rebah jangan berubah..biar terbuang terus berjuang..
Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
Semakin dekat bahtera diri kepadaNya,semakin kuat ribut taufan melanda.."

Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin esok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak esok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali.

"Dalam kehidupan ini,banyak perkara yang menjadi teka-teki.Teka-teki yang kadang-kadang tak kita temui jawapan.Kita jarang menyedari,teka-teki itulah sebenarnya yang mematangkan kita.." Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku..." seseorang yang menyayangi kita tak akan buat kita keliru dlm hubungan itu. kerana keliru tu hadir bila kita sendiri tak tau..adakah dia sayangkan kita atau sebaliknya...