Wednesday, December 31, 2008

Yesterday's tears...


Yesterday's tears build a river,
Washing the soul of its pain,
Cleansing the heart and mind
Like a gentle sweet spring rain.


When you feel you have cried your river
And your throat aches from tears shed
And your mind is exhausted from feeling
Or your heart feels as if it is dead...


Raise your eyes to the skies and recall
How lovely a full moon can be.
See the stars shining gently on all,
And remember how good friends can be.


Call that friend who you know is there,
Waiting to help you through pain,

The one who does not judge, but listens,
So that you may soon love again!


Words are forgotten...

Memories are return...


HAPPY NEW YEAR!!!

Tuesday, December 23, 2008

Erti Persahabatan...


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita
 Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia...Tetapi
kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita
 Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang
untuk menerang keadaannya
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita terlupa,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita.
 Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa..
Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia..
 Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah.
 Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
 Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
 Ikhlaskah kita mendengar tentang
kejayaan dan berita gembiranya?
 Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
 Dapatkah kita yakinkan dia
bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
 Bolehkah kita menjadi bahu
untuk dia sandarkan harapan?
 Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
 Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangka.
 Disebalik senyumannya itu, 
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersi mpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...

Ketahuilah sahabat ku...
Sesungguhnya perahabatan itu sungguh manis...

Sunday, November 16, 2008

Petua Kesihatan


Kelebihan Air Teh

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh 'O' setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:-


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian Kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Saturday, November 15, 2008

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...


Welcom @ Marhaban @ Selamat Datang kpd sahabat2 ku... Thanks sbb sudi gak meluangkn masa utk mengunjungi blog yg serba kekurangan ne.. Syukran Jazilan.. Untuk post pertama kalinya ne sekadar untuk pengenalan sahaja... cewahhh... mcm buku teks la plak siap bagi pengenalan lg kui3x..

InsyaAllah... Banyak nasihat, cerita dan tazkirah yg berguna nnt aku publish kn untuk santapan sahabat2 sekalian. Buat masa ne aku ketandusan idea skit... kuang3x.. So, tggu dan lihat sajalah nnt yek (^_^)


Tambahan lagi sibuk ngan keja skrg ne.. Al-maklum la.. Da dpt keja kn. Setakat ne Syukur Alhamdulillah la semuanya berjalan ngan lancar walaupun keja sorang2 jak kat dlm pejabat 2.. huhuhu... Boring 2 mmg memboring kn pun tp oleh kerana keja belambak btimbun2 hal boring mboring ne pun d lupakan da.. he3x.. Bos kata aku mesti jd "SUPERWOMEN!".. Apa tidaknya.. Semua keja aku sorang jak yg buat kn.. Audit, Akaun, Cukai & Secretary... Smua aku yg conquer tau. Betapa hebatnya aku wat keja 4 in 1... Kalah keja supermen bah hehe..

Apapun, aku mengalu2 kn idea & nasihat drp sahabat2 sekalian sekiranya ada sesiapa yg ingin berkongsi cerita ka puisi ka @ apa2 sahaja untuk santapan & pedoman bersama. Buat sahabat2 yg baru mengenali diri ku yg serba kekurangan ne, salam ukhuwwah fillah d ucapkan dan harapan ku semoga sahabat2 smua sudi2 la menjebak kn diri dlm blog ku ne hehe.. Stay Tune with me wokeyyy!!! Peace... (^_^)