Monday, November 16, 2009

Realiti Cinta Kampus...

Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini.Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam.Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

Sunday, October 4, 2009

Welcome My New Life!!!

Assalamualaikum!!! Hai sahabat2 yg ku kasihi sekalian...

Sekian lamanya aku menyepikan diri bru kali ne la aku ada masa terluang untuk post something kat blog kecayangan ku ne... Al-maklum la busy sangat dgn kehidupan baru aku kat kampus ne huhu..

Alhamdulillah, aku bsyukur sangat2 kat Illahi kerana memperkenankan doa aku untuk aku melangkah ke alam menara gading ne... Harapan tbesar dalam hidup aku & juga impian kedua org tua ku... da 3 bulan aku kat sini, mulakan kehidupan baru.. suasana baru.. dapat kawan baru.. laptop baru.. semuanya la baru hehe Apatah lagi "anugerah terindah" yg aku miliki skrg ne cukup membuat kn aku btambah lagi hidup dlm kebahagiaan... SyokNya!!! Harap2 la kegembiraan yg aku kecapi skrg ne x membutakan aku utk bersyukur ngan nikmat yang Allah bagi ne.. Aku akan tetap jalankan tugas aku sebagai Hamba-Nya

Dalam hepi2 ne pun aku x lepas dari masalah & kesedihan.. biasa la manusia biasa kan. Sepanjang aku kat UMS ne aku kerap sangat da sakit. kenapa tu yek??? Dulu dak mcm ne pun.. nak kata setahun tu pun blm tentu lagi aku dapat demam. Skrg ne... ntah la... kejutan suasana kot??? Walaupun keadaan aku da jadi mcm ne aku tetap bersyukur sebab kat sini la aku menimba pengalaman & kehidupan baru untuk aku melupakan kisah lalu yg menyedihkan aku huhuhuhu.........

Ya Allah, Ya Tuhan ku... berikan la aku kekuatan semangat & ketabahan hati untuk meneruskan perjuangan hidup aku d bumi sementara ini Ya Allah... Semoga yang telah berlalu dapat d jadikan pengajaran dan hari yang mendatang memberikan kebaikan kepada kita. Amin... Apapun, HiDup MusTi HePi!!! (^_^)

Ini lah ceritaku... DUNIA BARU KU!!!

Saturday, May 9, 2009

Mom, I Appreciate All That You Have Done For Me...


I appreciate the many prayers
you've whispered during
the worst moments in my life,
and the many hopes for my success
in all that I dreamed of.

I appreciate the kind wishes
that would make me so happy
and fulfilled,
and the gentle words
of encouragement
that were meant to strengthen
my quests.

I appreciate the moments of sorrow
you experienced during my failures,
and the little gestures of kindness
that always made me feel better.

I appreciate your acceptance,
your ability to understand,
and the sincere friendship
that always gave me such security.

I appreciate the wisdom
of all the lessons you taught,
and the meaning behind the words
"unconditional love."

I appreciate all you've done --
every word and gesture.
I know you've been the best there is --
a mother beyond all compare.

For all you've done...
thank you, Mom.
For all that you are...
I love you.

Happy Mother's Day

Friday, May 8, 2009

Wudhu'

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.