Tuesday, December 23, 2008

Erti Persahabatan...


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita
 Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia...Tetapi
kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita
 Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang
untuk menerang keadaannya
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita terlupa,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita.
 Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa..
Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia..
 Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah.
 Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
 Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
 Ikhlaskah kita mendengar tentang
kejayaan dan berita gembiranya?
 Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
 Dapatkah kita yakinkan dia
bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
 Bolehkah kita menjadi bahu
untuk dia sandarkan harapan?
 Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
 Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangka.
 Disebalik senyumannya itu, 
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersi mpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...

Ketahuilah sahabat ku...
Sesungguhnya perahabatan itu sungguh manis...

No comments: