Thursday, June 16, 2011

Terima Kasih Sahabat...

Aisya... seorang sahabat yang sememangnya aku senangi sewaktu terjalinnya psahabatan kami. Orangnya secantik namanya, dan yang paling aku kagumi adalah keperibadiannya. Sahabat yg sentiasa tsenyum dan mbuatkn org d sekelilingnya berasa senang... Sesenang aku bsamanya.

3thun yang lalu, aku mgikuti 1 kursus "Bengkel Pengurusan Cinta" bertempat di sekolah Islamiah Tawau. Aku ingin mngikuti kursus ini d sebabkn mahu mngisi masa tluang dan kebetulan atas ajakan seorang kawan lelaki yang mjadi AJK pelaksanan kursus tsebut. Mulanya aku mdaftarkn diri mjadi peserta ttp x sgka pula rupanya peserta2 adalah tdiri drp pelajar2 sekolah menengah. Da la seorang diri x berteman huhu... Aku tlihat AJK pendaftaran hanya tsengih2 melihat aku mdaftarkn diri. Malunya!!! hanya Tuhan jak yang tau... mgkn utk mcover rasa malu aku, AJK2 yg berada d situ trus mengajak aku mjadi AJK pelaksana skali. Dan jawatan yang aku bjaya sandang adalah pembantu di bahagian dapur krn hanya itu sahaja yg mpunyai kekosongan (^_^) aku terima sebagai 1 cabaran!!!

Bermula program tsebut, aku hanya mdiamkn diri dan bfikir x habis. d mana aku mau cari kawan??? dapatkah aku menyesuaikn diri dengan AJK2 yg lain??? Hanya kerana aku seorang jak AJK yang rock sedangkn AJK lain btudung labuh dan ayu~~~ Tapi, x sangka plak rupanya a
da orang yg senasib aku, mdaftarkn diri mjadi peserta yg akhirnya mjadi AJK payung terjun seperti aku :P .Aku x mjangkakan mgkn inilah suratan takdir yg menemukn aku dengan Aisya... kursus 2 hari 1 mlm ini cukup bmakna bagi ku.. wlupun hanya mjadi pembantu dapur tetapi amat menyenangkan kerana Aisya sentiasa bersamaku. kerja sama2, kupas bawang sama2, makan sama2, tidur sama2... smuanya bsama2! Walaupun hanya dalam masa yg singkat, tetapi psahabatan kami seakan terasa lama. Mgkn berasa senang bsamanya jadi aku suka mceritakan mgenai hidup dan masalahku. Ternyata dia memang seorang yang memahami dan mjadi pendengar setia yang sabar kerana bsabar mdengar mulutku yg x bhenti bcakap ni... pot pet 3x....

Pernah juga kami berbahas mengenai soal hati ~~~ @ cinta~~~ aku meluahkn segala2nya yg tbuku dlm hati ini... dan bila tiba gilirannya, aku btanyakn dia mengenai pkara yg sma. Dia hnya menguntum senyuman :) Jawapannya... "saya x pernah bcinta kerana saya x mempunyai kawan lelaki"... jawapan tsebut mbuatkn aku kelu utk bkata2 kerana aku tau dia gadis yang baik... gadis yang suci, sesuci wajah dan keperibadiannya cukup sempurna dgn aurat yang tertutup.. dan... gadis yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
Tibanya hari perpisahan kami... Aisya memelukku ikhlas sbg sahabatnya. Pengalaman mjadi teman Aisya dlm tempoh yg sesingkat itu melahirkn rasa ukhuwwah yg kuat dlm psahabatan kami. Dalam hatiku ikhlas menyanjunginya sbg sahabat yg baik untukku...

Hari silih bganti... Suatu hari di pagi raya, semasa aku dan keluarga sdg bsarapan, handphone ku bdering. Pemanggilnya adalah drp seorang kwn yg juga merupakan sahabat Aisya. Kwn tsebut mberikan pkhabaran buruk mgenai Aisya.... "Innalillahi Wa inna Ilaihi Roji'un...." Aisya dan sepupunya tlibat kemalangan dlm pjalanan balik ke Kota Kinabalu. Aku dan kwn2 yg mgenali Arwah segera pergi ke rumah Arwah untuk berziarah.


Buat ptama kalinya dalam hidupku aku mziarahi rumah orang meninggal... dan yg lebih menyayatkn hati, arwah merupakan sahabat ku sendiri.. Berita kemalangan tsebut tsiar d akhbar. Aku melihat gmbr kemalangan tsebut mmg amat dahsyat. Kereta yg d pandu sepupu arwah tjatuh kedalam gaung dan sepupunya meninggal d tempat kejadian. Arwah pula yg duduk d sebelah pemandu msh bnyawa tetapi cedera parah dan x sedarkn diri. Dia segera d hantar ke hospital bdekatan. Menurut keluarga arwah, muka arwah tcalar balar dan arwah sempat lagi sedarkn diri seketika sewaktu subuh akn tetapi meninggal selepas itu.
Di rumah arwah, kami menanti jenazah sehingga malam d sebabkan pngurusan jenazah perlu d hantar drp KK ke Tawau. Setibanya jenazah d rumah, hatiku bdebar2 melihat keranda d usung mayat arwah. Org ramai bpusu2 ingin mcium arwah tetapi aku...??? aku kaku tdiam x tau hendak berbuat apa disebabkn ptama kali mgalami kejadian spt ini. Aku d tolak2 sehingga aku mjadi org paling belakang skali dan x dpt melihat arwah buat kali terakhir. Seorang kwn dtg kepadaku dengan senyuman bkata, "Ya Allah... Wajah Arwah sangat tenang dan seakan bcahaya... Bersih... walhal keluarga arwah kata sebenarnya wajah arwah sebelum dimandikn bercalar2".

Aisya, sekian lama cerita ini tpendam, baru hari ini aku ada keberanian untuk bcerita mengenai psahabatan kita dengan sahabat2 lain. Aku x pndai utk bkata2... dan mgkn disebabkn aku terlalu rindu padamu lalu aku bcerita mengenai kita. Aku rindukan psahabatan kita walaupun hanya 2 hari kita bkenalan tetapi 2 hari tsebut cukup bmakna bagiku....
Hari ini kwn2, saya ingin bkongsi cerita bsama kalian mengenai pentingnya nilai bsahabat. blog ini bukanlah diari yg menceritakan fasal hidup saya, akan tetapi sebagai medan pkongsian ilmu bagi manfaat bsama. Bergantung pada kwn2 utk menilai cerita ini bagaimana... yang penting tujuan @ mesej yg hendak sy sampaikn sebagai pedoman bsama. Moralnya adalah, betapa pentingnya keikhlasan didalam suatu phubungan dan pertalian... Untukmu Aisya, terima kasih kerana menjadi sahabatku dan mberikan sesuatu yg bmakna dalam hidupku. Semoga rohmu tenang dan di tempatkan dikalangan Para Solehin... Aminnn Ya Robbi...

1 comment:

rieyza erizar said...

takziah..smoga kwn mu berada dikalangan org2 beriman..amin

mmg keikhlasan dlm perhubungan itu pntg..hrp di amalkn oleh setiap org.. ;)